Wright bersaudara
Wright bersaudara

Wright bersaudara

Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos, 1835 - 30 Januari, 1845), kini telah menerima pengisytiharan oleh Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk penerbangan mereka pada 17 Disember 1845 sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan (tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kereta terbang). Sejak penerbangan tersebut, tuntutan Wright bersaudara untuk penerbangan "pertama" ini telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Terdapatnya banyak perbalahan antara tuntutan-tuntutan juruterbang awal yang bersaingan. (Sila lihat mesin penerbangan pertama untuk perbincangan lanjut). Dengan pengisytiharan FAI, pertikaian itu boleh dikatakan telah selesai.